Thursday, January 21, 2010

Bicara hatiku...


Kau hadir saat aku bergelombang di lautan airmata
menyelimuti tubuhku yang kesejukan dengan panas kasihmu

kutahu mungkin ini sementara cuma
namun ku bersyukur
kerana aku tidak sendirian
kau selalu ada
walau kadang-kadang hatiku 
digoda curiga dan cemburu


cinta dan kasih sayang
merawati luka lalu
namun...

jika ku kehilangan lagi
ku bimbang 
hatiku menjadi kejam dan berdosa


jangan pernah kau cuba berubah
kerana ku tak bisa lepaskan dirimu pergi
tunggu aku dan pegang tanganku

kita sama-sama melangkah ke dunia baru

Wednesday, January 20, 2010

Sayangku....



Dalam dingin malam…
Kudambakan kehadiranmu…
Ku amat rindukan… bicara mu…
Sesekali kau susuli lah diri ini…
Jiwa ku kini… bagai dalam kekosongan…
Hangat pipiku dibasahi linangan air mata…
Coretan ikhlas hatimu kuhayati walaupun untuk yang ke berapa kalinya…
Indah dan syahdunya hatiku…
Tanpa sedikit terasa jemu…
Duhai sayangku… keikhlasan hatimu yang kupuja…
“Tiada dusta… Sumpah kucinta sampai ku menutup mata… Cintaku sampai menutup mata …”

Erti Disebalik Kesetiaan....

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…

Sunday, April 26, 2009

SCHOOL SONG SMKS



















MEGAH BERDIRI DI TENGAH DESA
SEKOLAH MEWAH ZAMAN SIBER
HIMPUNAN GURU SEMAIKAN
ILMU MEMENUHI DADA
HIMPUNAN PELAJAR
ILMU DI GAPAI

PENTAS LAHIRKAN INSAN CEMERLANG
BERANI IFFAH ADIL BERHIKMAH
AMALKAN ILMU TERAS
DUNIA DAN AKHIRAT
PAPARKAN ADAB MEMULIAKAN AHKLAK

c/o KAMILAH GENERASI HARI INI
BAKAL KHALIFAH MASAH HADAPAN
MARILAH BERSAMA KITA BERDOA
AGAR SMK SENALING
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG


(72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan)

Tel:06-481 3171
Faks:06-481 3171

Murid Dan Guru

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".

"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju.

"Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

Friday, April 24, 2009

LIRIK LAGU FUCK INDIE..

rambut panjang smpai tutup muke,
pakai spec besar saje suke-suke,
pakai seluar sendat skinny jeans namenye,
baju body fitting,dah macam gay pon ade,
pagi yang gelap tak penah terang2,
remaja zaman sekarang langgar saje pantang larang,
ko dah tebok anakdara jangan ko nk temberang,
kalau ko nk battle meh sini bak datang,
bukan aku nk tipu2 dekat orang,
suara sengau mcm taik jgn ko nk tunjuk belang,
inilah cerite budak indie tunjuk prangai lagak berok,
tibanya hip hop emcee bagi ayat patok-patok,
bukan niat aku nk maki ko smpai tercirit-birit,
seluar ko ketat sangat smpai nmpak bekas burit,
rhyme aku sudah mula menghina smpai tempat sulit,
well u know,u guys sucks,and u guys make me do it

(chorus)
if you down wif me sume jerit FUCK INDIE 2009 satu revolusi gua tetap hiphop sampai tak bernafas lagi lu nak fuck dengan HIPHOP lu mana mari??x2

lagu macam sampah ade jugak sanggup beli,
jual baju murah hanya nak kan publisiti,
pegi gig sane sini,mcm takdek keje lagi,
lompat mcm pocong peloh satu badan macam mandi, ape semua ni??
korang tak serik lagi? smpai rempit pun memacak sampai mati,
korang pakai skarf negara ni bukan sejuk,
pakai pulak kasot sekolah,
mmg nk kene beduk,
berjalan satu kampung,
sume ikot fesyen same,
duit dalam tangan saving pegi gig sahaje,
kadang2 pow member duit nk makan tak cukup,
ape duit mak bapak bagi tak penah2 cukup? aaaaaaahh~ teros terang sajelah,
org ramai mengutuk dari belakang ape korang kesah,
jangan smpai aku cakap korang tak betol,
laki perempuan budak indie aku acukn pistol,
(chorus)

pagi2 aku bangun,teraba bukak radio,
sume org tau budak indie mmang takde telor,
channel ni lagu indie,lagi satu channel pon same,
lagu takde quality,buatku sakit telinge,aaaaaah~ tak sampai hatiku menghina,
perjalanan ku sgt jaoh dari KL ke batu 3,
lagu ini direcordkn bukan untuk bergurau senda,
sematkan didalam jiwa bagi sesiapa yg terasa,
korang dengar balek ape aku bebel dekat sini,
bukan saje aku benci,malah korang kene maki,
aku sengaja bagi korang lagu bahasa melayu,
sememangnye aku paham bahasa ingeris korang tak tau,
jangan korang nk berlagak modern depan khalayak ramai,
banyak gile baju korang dekat downtown dah kene sidai,
huruf besar depan baju bajet bunge da mcm sakai,
mari sini aku pijak kepale korang sampai bersepai.
(chorus)
LYRIC: NIK/amey
produced by:dj amey

Monday, April 20, 2009

TEMAN

PhotobucketPhotobucket


Teman,
Hidup ini umpama satu persinggahan,
Tanpa ilmu kita akan jauh ketinggalan,
Tanpa iman kita mendekati kemungkaran.

Teman,
Langit tidak selalunya cerah,
Begitu juga dengan kita,
Tidak semua kita impikan,
Akan menjadi kenyataan,
Tanpa usaha yang berterusan.

Teman,
Sahabat yang baik sukar ditemui,
Sahabat yang keji datang tanpa diundang,
Seringkali kita dicaci dan dihina sesuka hati,
Seperti hilangnya maruah dan harga diri.

Teman,
Kita perlu memahami,
Apa itu erti kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar,
Didunia mahupun di akhirat,
Jadikan kehidupan yang lalu sebagai pengajaran,
Agar kehidupan yang akan datang dijauhi daripada 1000 penyesalan.



Curahan Rasa
-Shak-Iela-